Tajuk macam mengerikan .
malah cukup untuk buat orang tak makan ABC dan otak otak di bulan puasa ini .
jangan begitu okay .
kejadian terjadi di Meru , Klang .
orang Klang lepas ni hati hati ye .
seorang pelajar umur 11 tahun ,
maut selepas berbuka puasa dengan otak otak dan ABC .
ABC ni bukan Allah Bagi Cuti , ni term selalu perempuan pakai . HAHA
dalam tragedi ni ABC adalah Air Batu Campur .
si bapa kebetulan nak pergi tandas , time tu dah pukul 6.10am ,
tiba tiba dia terdengar bunyi dengupan nafas yang kuat ,
bila dia pergi dekat bunyi tu ,
ya Allah ,
anak dia terlentang dengan mata terbeliak dan mulut berbuih .
kita sedekahkan Al Fatihah untuk mangsa .
bila si bapa bergegas ke hospital ,doktor sahkan dia
dah meninggal .
dah meninggal .
sedih semua ni terjadi dalam bulan puasa .
mungkin keracunan makanan pada asalnya membawa kepada maut .
sebab si bapa kata setengah jam selepas berbuka ,
satu family yang makan ABC dan otak otak ni ni cirit birit ,
perut memulas ,
sampai lembik masuk toilet .
oleh itu , kepada mereka yang pergi bazar ,
hati hati dalam memilih makanan .
tolong cerewet sikit cari makanan ,
jangan beli ikut nafsu serakah .
berpada pada okay .
untuk makluman ,
bukan ABC dengan otak otak je yang boleh bagi keracunan makanan ,
bukan ABC dengan otak otak je yang boleh bagi keracunan makanan ,
semua jenis ada possibility .
cuma dalam kes ni , kebetulan mangsa makan ABC dan otak otak .
so jangan ada yang kata " aku taknak makan ABC ,
aku taknak makan otak otak ;)
No comments:
Post a Comment